Aktiviti 1 : Pelajar Lemah

 
Tajuk
:
Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran
:
Membanding isipadu cecair menggunakan bekas berlainan tanpa menggunakan unit piawai
Alatan dan Radas                   

  • 1 jag air yang telah disukat dan diisikan dengan cecair
  • 3 biji gelas yang sama saiz dan ketinggian

  • 1 biji gelas tinggi yang telah disukat dan diisi dengan cecair

  •  1 buah bekas air yang telah disukat dan diisi dengan cecair




    Langkah Pengajaran

Langkah 1

Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan


Langkah 2


Guru membekalkan setiap kumpulan dengan set dan alatan yang berikut :

  • 3 Biji gelas yang sama saiz dan ketinggian
  • 1 Biji gelas tinggi yang telah disukat dan diisikan dengan cecair
  • 1 Buah mangkuk lebar yang telah disukat dan diisikan dengan cecair
  • 1 Biji jag yang telah disukat dan diisikan dengan cecair

Langkah 3
                                    
Guru menunjukkan dan menerangkan terdapat 3 jenis bekas berbeza dan mengandungi cecair


Langkah 4

Guru menyoal beberapa orang murid secara rawak.  
  • Bekas manakah yang mengandungi air yang lebih banyak?
  • Mengapa kamu katakan air di dalam gelas tinggi lebih banyak? 
  • Mengapa kamu katakan air di dalam mangkuk lebih sedikit?

Langkah 5


Guru meminta murid memindahkan cecair yang berada di dalam setiap bekas kepada setiap gelas yang mempunyai saiz dan ketinggian yang sama. Guru mengingatkan kepada semua murid supaya berhati-hati semasa menuang atau memindahkan cecair ke dalam setiap gelas supaya tidak tumpah
        
Memindahkan Cecair Daripada
Jag Air ke Gelas

Memindahkan Cecair Daripada
 Gelas Tinggi ke Gelas
  
Memindahkan Cecair Daripada
Bekas Air ke Gelas



Langkah 6

Setiap kumpulan diminta membuat pemerhatian terhadap gelas yang telah diisikan dengan cecair yang berada di dalam tiga bekas yang berbeza sebelum ini.    

Setiap Gelas Mempunyai Aras Cecair Yang Sama



Langkah 7

 
Guru meminta wakil setiap kumpulan melaporkan keputusan yang mereka dapat.
  

 
Langkah 8

 
Guru berbincang dan bersoaljawab dengan murid :
Mengapakah ketiga-tiga gelas mempunyai isipadu cecair yang sama banyak ?

Langkah 9

 
Guru membimbing murid membuat kesimpulan berikut :


  • Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berbeza bentuk dan saiz
  • Bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai kuantiti cecair yang lebih  berbanding bekas yang
  • paling rendah
  • Penyukat digunakan untuk menentukan kuantiti cecair di dalam sesuatu bekas