Kesimpulan

Persepsi murid-murid yang salah mengenai bentuk bekas yang digunakan selalu menimbulkan kekeliruan kepada mereka. Anggapan mereka bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar manakala bekas yang rendah mempunyai kapasiti cecair dan isipadu yang kecil serta sedikit.

Sebagai seorang guru, kita hendaklah membetulkan tanggapan murid yang salah ini dan keliru mengenai konsep isipadu dan cecair. Beberapa aktiviti susulan dan membantu murid memahami konsep bahawa isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

Aktiviti-aktiviti pangajaran yang berpusatkan murid seperti penyediaan bekas yang berlainan bentuk dan membuat pemerhatian ke atas isipadu cecair yang dipindahkan kepada bekas yang berlainan akan membantu murid memahami konsep yang di terapkan. Kekeliruan yang dialami oleh murid secara tidak langsung akan dapat diselesaikan melalui ujikaji dan aktiviti yang dijalankan dan hasil pemerhatian serta keputusan yang diprolehi daripada inkuiri penemuan murid akan menyelesaikan kekusutan yang dialami oleh murid.

Justeru dengan itu, sebagai seorang guru yang cemerlang, kita  patut menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menyeronokkan untuk membantu murid mempelajari topik isipadu dan cecair dengan mudah dan berkesan.