Aktiviti 2 : Pelajar Cerdas

Tajuk  
:
Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran
:
Membandingkan isipadu cecair menggunakan bekas berlainan tanpa menggunakan unit piawai
Bahan dan Radas     :  
  • Bekas air yang telah disukat dan diisi dengan cecair

  • Jag air yang telah disukat dan diisi dengan cecair

  • Gelas yang sama saiz

Persediaan Guru

Guru menyukat terlebih dahulu isipadu air di dalam jag dan bekas yang digunakan dengan menggunakan 3 biji gelas. Persediaan guru hendaklah dirahsiakan daripada pengetahuan murid supaya mereka dapat membuat pemerhatian dan memprolehi keputusan secara inkuiri penemuan.


Langkah -Langkah Pengajaran

Langkah 1

Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan.

Langkah 2

Guru membekalkan setiap kumpulan dengan :

  • Jag air yang telah disukat dan diisi dengan cecair
  • Bekas air yang telah disukat dan diisi dengan cecair
  • 3 Biji gelas yang sama saiz
Langkah 3

Guru menyoal murid.

  • Bekas manakah yang mempunyai isipadu air yang paling banyak ?


Langkah 4

Guru meminta murid menjalankan aktiviti berdasarkan kad kerja yang disediakan.

Langkah 5

Dengan berpandukan kad kerja, murid menuang air ke dalam setiap gelas dengan menggunakan bekas yang berbeza


Menuang air ke dalam gelas
menggunakan jag air



Menuang air ke dalam gelas
menggunakan bekas air





Langkah 6

Guru mengingatkan murid supaya berhati-hati memindahkan cecair daripada setiap bekas ke dalam gelas supaya tidak tumpah.

Langkah 7

Guru meminta murid membuat pemerhatian dan mencatatkan bilangan gelas yang dapat diisi dan dituang oleh setiap bekas yang berbeza ke dalam kad kerja yang dibekalkan.

Langkah 8

Guru membimbing murid membuat kesimpulan berikut :

  • Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk

Kad Kerja Murid