Pengenalan Topik Isipadu Dan Cecair

Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak telah didedahkan dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain daripada itu, mereka telah biasa melihat cecair seperti minyak, air, ubat dan minuman yang diminum sehari-hari. Kanak-kanak juga sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol minuman,baldi, sudu, gelas dan sebagainya. Bekas-bekas ini digunakan untuk mengisi pelbagai jenis cecair yang pelbagai bentuk dan warna.

Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti iaitu disebut juga sebagai muatan. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.


Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin
mempunyai kapasiti yang sama


Kanak-kanak biasanya mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar manakala bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil. Isipadu cecair bermaksud banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Rajah di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perbezaan isipadu cecair dan kapsiti bekas.